Wednesday, February 2, 2011





Insan dicipta untuk berkasih sayang. Allah jua amat suka andai dua orang itu bertemu dan mereka berkasih sayang kerana Allah. Kasih sayang yang terjalin itu membentuk satu ikatan yang amat kuat. Ikatan itu bukanlah ikatan yang dimurkai Allah yakni hubungan antara seorang adam dan seorang hawa tanpa ikatan yang sah. Namun, sebuah ikatan ukhuwwah yang dibina atas dasar persahabatan yang utuh. Resam kehidupan itu selalu menyaksikan ukhuwwah itu mulai longgar.

Mulalah air mata manusia mengalir dek kesedihan. Hati manusia mula gundah dek keresahan. Manusia jua mula akan sedar kekhilafannya dek kelemahan diri. Lantas manusia mula mencari dan bertanya "apakah kesalahan diri ini?''. Manusia terlupa yang selama ini, hatinya sering merasakan yang dia mampu untuk membaiki setiap kesalahan yang pernah dilakukannya. Namun manusia alpa untuk berdoa dan meminta pada Allah Yang Maha Mendengar. Mungkin badai yang menghentam ukhuwwah itu dihantar untuk mengukuhkan lagi tembok persahabatan.

Setiap kali pertemuan dan persahabatan yang dijalin dalam hidup pasti akan wujud masalah dan musykilah. Tanpa manusia sedar, kasih sayang telah dibajai di dalam hati menjadikan bunga ukhuwah itu makin mekar mewangi. Malahan, ada doa untuk kita sama-sama amalkan agar ukhuwah persahabatan mahupun mahabbah kekeluargaan antara kita semakin erat dan kukuh.

No comments:

Post a Comment